Tuesday, September 15, 2015

Insaf seorang penzina.

Zakuan tersenyum puas melihat Nancy terkulai di atas katil.  Sambil bersandar di sofa,  dia menghembuskan asap rokok dengan segala kepuasan.


Dengan tidak semena-mena.  Satu sinaran kilat memancar berhampiran tingkap,  dan serentak itu satu dentuman kuat menggegarkan dinding biliknya.  Terpelanting puntung rokok dari tanngannya.


Nancy juga terjaga akibat bunyi dentuman yang begitu kuat.  Dia terpinga-pinga.  Segera bangun dan terus mendekati Zakuan yang berdiri depan cermin tingkap bilik itu.

Dia memeluk Zakuan dari belakang.

Zakuan berasa tidak selesa.  Dia melepaskan pelukan Nancy.


Memasang sekali lagi rokok yang terbuang sia-sia itu.

Tiba-tiba dia teringatkan isterinya yang sedang berpantang setelah melahirkan anak pertamanya.  Isterinya dihantar pulang ke kampong untuk dijaga oleh mentuanya.

Tidak timbul sedikit pun rasa bersalah atau berdosa dengan perbuatannya yang curang itu.


Pagi itu,  setelah bersiap dan menikmati sarapan pagi bersama Nancy.  Zakuan terus menuju ke selatan tanah air untuk menjalankan tugasan syarikat.  Mereka berpisah di ruang lobi hotel.

Di pertengahan jalan.  Akibat kesesakan jalanraya.  Zakuan telah terlewat hampir 2 jam.  Dia perlu tiba di Pasir Gudang sebelum waktu makan tengahari untuk bertemu dengan pelanggan bagi satu projek usahama.


Dia berhenti di R& R Pagoh kerana tidak tertahan untuk membuang air.  Usai berurusan,  dia terus memecut untuk sampai ke destinasi dengan segera.

Sebaik tiba di satu persimpangan.  Dia dengan tidak sengaja telah melanggar belakang sebuah motor.  Namun,  setelah memerhati tiada orang lain disitu,  dia terus memecut melarikan diri.

Namun,  kuasa tuhan.  Apabila tiba di satu persimpangan.  Lampu trafik menunjukkan lampu merah.  Tetapi dia memandang sebagai berwrna hijau,  tanpa diduga,  sebuah lori dari arah kanan juga sedang memecut.


Dunianya gelap.


Kakitangan hospital bertungkus lumus berusaha untuk menyelamatkan nyawa Zakuan.  Sewaktu diusung ke dalam bilik pembedahan,  dia terpandang seorang lelaki berpakaian hitam dan berkerubung menutup kepala.  Memang menakutkan.

Sewaktu pintu bilik dibuka,  dia terpandang seekor ular sawa sedang berlingkar di bawah meja yang berisi peralatan pembedahan.

Dia hampir menjerit tetapi langsung tidak berdaya.

Zakuan di angkat dan dia berasa tubuhnya berada di awang-awangan.  Tiba-tiba tubuhnya di hempas di satu tempat yang keras.  Dia tidak mampu berkata apa-apa.  Lidahnya kelu dan suaranya hilang.

Dia melihat tubuhnya terbaring kaku.  Doktor menutup mukanya.

Zakuan berasa tubuhnya melayang entah kemana.  Tiba-tiba dia melihat isterinya,  ibunya dan kaum keluarganya sedang bersedih meratap  melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku.


Oh apa sudah terjadi dengan aku ... Zakuan meratap meraung,  tetapi tiada siapa yang peduli dengan kehadirannya disitu.

Setiap detik yang dilaluinya begitu azab,  mendebarkan dan menggetarkan.

Akhirnya,  dia terasa tubuhnya tubuhnya berada di dalam satu lubang yang sempit.  Tanah-tanah keras dan busuk sedang dicampakkan keatas tubuhnya.  Terasa begitu sakit.  Dan akhirnya gelap.

Bagikan halilintar membelah dadanya.  Dia terdengar satu soalan yang menggoncang seluruh tubuhnya.


Entah dari mana datangnya suara yang begitu kasar.  Menyakitkan kelopak telinganya.

"Siapa tuhan kamu!"  bertalu-talu dia ditanya.

Namun,  lidahnya kelu untuk menjawab.

Serentak itu,  dia terasa tubuhnya sedang dibelit.

Dia mahu menjerit tetapi suaranya hilang.


Kemaluannya terasa ditekan dengan sebegitu kuat.  Namun dia tidak berupaya melakukan apa-apa pun.  Ular itu mematuk kemaluannya berkali-kali,  bertalu-talu.  Sengatanyya amat azab dan menyiksakan.

Tubuhnya bergegar dek kesaiktanyang tidak terperi.

"Doktor, doktor,  doktor ..."

Tiba-tiba sahaja dia mendengar suara seseorang sedang menjerit.

Beberapa orang Doktor meminta waris pesakit untuk keluar sementara meereka membuat pemeriksaan rapi.

Hampir setengah jam kemudian.  Seorang Doktor keluar dari dalam bilik ICU.

"Bagaimana keadaan suami saya Doktor."   Murni bertanya dalam keresahan.

Dengan wajahnya yang tenang.  Doktor mengizinkan Murni untuk melihat suaminya.

"Dia dah sedar..."

"Allahu Akbar,  alhamdulillah ..."  Murni menerpa ke arah suaminya yang masih di pantau oleh seorang Doktor lagi.

"Allah, Allah, Allah ..."  itulah kalimah Maha Suci yang telah lama tidak diucapkan oleh Zakuan.

Allah Maha Pengasih kepad HambaNYa.

Mengalir air mata penyesalan dari seorang Hamba Allah,  suami dan ayah kepada seorang anak kecil.




No comments:

Post a Comment