Sunday, September 13, 2015

Air Mata Seorang Mak Nyah.

Dari wad tingkat 8.  Hospital Tengku Ampuan Rahimah,  Klang.  Rohaizad memandang keluar.  Sejauh mata memandang.


Baru satu malam dia ditempatkan di wad itu.  Dia sudah rasa rimas dan resah gelisah. Bukan kesakitan itu yang membuatkan dia rimas.  Tetapi pandangan orang sekeliling yang membuatkan Rohaizad berasa tidak selesa.


Wad di tingkat 8 memang dikhaskan untuk pesakit lelaki.  Tetapi,  Rohaizad adalah dari golongan mak nyah.  Penampilannya itu yang mengundang pandangan sinis dan jelingan tajam dari pesakit mahupun dari keluarga pesakit yang membuat lawatan.

Ada ketikanya,  jururawat yang bertugas pun tersilap memanggilnya 'kakak.'   Walaupun panggilan itu disenangi diluar.  Tetapi apabila disebut didalam wad,  panggilan itu terasa begitu tajam menusuk kalbu.


Tiada siapa yang boleh dipersalahkan.  Seorang Doktor yang mahu memanggilnya telah bertanya secara sopan.  "Maaf ya,  adakah saya boleh memanggil tuan atau  cik Rohaizad?"

Di kala itu,  beberapa pesakit memandangnya sambil tersenyum.

"Panggil saya Rohaizad saja."    jawab Rohaizad sambil mencebikkan bibir.

Pukul 1 pagi.  Rohaizad merasa badannya agak selesa dan melegakan.  Mungkin kesan ubat yang telah diambilnya.  Dengan perlahan dia bangun dan menuju kawasan beranda.

Angin pagi yang agak dingin menghembus perlahan menyelimuti tubuhnya yang hanya memakai pakaian hospital berwarna hijau.

Rohaizad memandang ke arah langit yang gelap pekat.  Langsung tidak kelihatan senyuman sang rembulan.  Dia memegang jeriji besi di tembok beranda.

Terasa seperti berada di dalam tahanan penjara.

Tiba-tiba ingatannya melayang ke zaman silam.  Di usia 5 tahun,  dia telah cenderung bermain masak-masak bersama anak-anak jirannya yang perempuan.  Pernah dia memakai baju kurung kakaknya.  Tetapi apabila diketahui oleh ayahnya yang juga merupakan seorang tentera,  dia dimarahi.

Nasib baik dia memiliki seorang ibu yang amat penyayang.  Apa sahaja yang dimahukannya,  tidak pernah permintaannya dihampakan.

Namun akhirnya,  nalurinya yang berkecamuk,  menyebabkan dia mengambil pil hormon untuk menukar jantina.

Tetapi takdir tuhan telah menyelamatkannnya.  Kali pertama dia mahu ke Thailand,  dia mendapat migrain selama berhari-hari lamanya.

Kali kedua,  apabila dia telah nekad untuk bertolak ke Thailand,  sekali lagi tidak kesampaian.  Akibat kesakitan yang tidak tertanggun kerana mendapat gastrik.  Menyebabkan Rohaizad pengsan dihadapan pintu pejabatnya.

Dan sekarang.  Rohaizad mengjadi penghuni wad.

Lamunannya berkecai,  apabila namanya dipanggil oleh jururawat yang mahu memeriksa tekanan darahnya.

Dia berbaring semula.

Sewaktu tekanan darahnya diambil.  Rohaizad melihat wajah jururawat yang begitu cantik.  Sekilas pandang bagaikan anak patung.  Tidak berkelip Rohaizad memandangnya.

Usai mengambil bacaan darahnya.  Tiba-tiba sahaja terpacul dari bibir Rohaizad.  "Cik ada abang?" 

"Dah meninggal 2 tahun lepas."   jawab jururawat itu dengan senyuman.

"Sakit apa?"  Rohaizad memohon kisah yang sebenar.

"Kanser perut."   Jururawat itu menjelaskan sebab kematian abangnya.

"Ooo ..."   Rohaizad terus terdiam.

Seketika berbaring.  Rohaizad terus terlena.


Dia terjaga apabila melihat pakcik yang berada di katil sebelahnya mengangkat takbir.  Dalam keadaan berbaring,  pakcik itu mengerjakan suruhan tuhan dengan begitu tenang.


Rohaizad terleka melihat pakcik itu bersolat.  Sebaik pakcik itu memberi salam terakhir.  Pakcik itu terus melemparkan senyuman ke arah Rohaizad.

Rohaizad terasa malu.  Dia berkalih badan ke arah kiri.  Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki Melayu sedang menolak troli mayat,  sedang melintas di hadapannya.


Tidak semena-mena dia terasa seram. 

Pagi itu, sewaktu lawatan para Doktor.  Rohaizad telah diberikan peringatan dan amaran keras mengenai penjagaan kesihatan.


"Ya,  gastrik kalau tidak dikawal akan menjadi kanser yang membunuh!"  sekali lagi Rohaizad terasa seram.



Sewaktu  waktu lawatan.  Orang ramai semakin memenuhi setiap ruang dalam wad.  Rohaizad telah tahu,  tiada siapa di kalangan sahabatnya yang akan datang menziarahinya.


Keluarganya pula tinggal di Johor Bahru,  dan agak jauh untuk datang menemuinya.  Dia telah merasakan adalah lebih baik tiada siapa yang datang.  Hatinya akan berasa lebih tenang. 

Dia terbayang,  kalau rakan maknyah datang.  Tidak tahu dimana hendak diletakkan mukanya.

Tiba-tiba sekumpulan lelaki berjubah datang.  Melintas dihadapan katilnya.  Terus menuju ke arah katil pakcik disebelahnya.

Mereka bersalaman.  Dan,  tiba-tiba sahaja kumpulan lelaki berjubah itu datang dan menghulurkan salam persahabatan dengan masing-masing melemparkan senyuman ke arahnya.

"Apakhabar tuan?"  mereka memulakan perbualan dan ukhuwah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

"Alhamdulillah,  baik."  Rohaizad menjawab dengarn rasa serba-salah.



Hampir satu jam menziarahi.  Mereka menganakat tangan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pakcik itu. 

Dan mereka beralih ke katil Rohaizad.  Dia tergamam.

"Tuan bernama Rohaizad?  Mari kita sama-sama mendoakan kesihatan tuan." 


Lalu seorang daripada lelaki itu terus berdoa dan mengaminkan doa itu.


'Ya Allah,  mereka mendoakan aku!'   bisik hati Rohaizad.


Tiba-tiba sahaja dia merasa sebak.


Tengahari itu,  usai makan tengahari.  Pakcik disebelahnya menghulurkan sebakul buah-buahan kepadanya.  "Makanlah,  anak murid saya bagi tadi."


"Oh,  pakcik kerja sebagai guru?"  soal Rohaizad.

"Emmm ... guru,  tetapi lebih kepada mudir madrasah."  pakcik itu menjelaskan kerjanya dengan lebih terperinci sambil tersenyum.


Tiba-tiba sahaja Rohaizad merasa sakit di bahagian perutnya.  Dia menahan sakitnya yang datang sekali-sekala.


"Sakit itu adalah tanda ujian Allah untuk hambaNYA.  Lagi bertambah kasihNYA.  Apabila kita sabar dan reda dengan ujianNYA.  Maka,  balasannya ialah syurga."     Pakcikitu memberikan penjelasan danhuraian tentang sakit dan ketuhanan.

Ayat-ayat itu benar-benar memujuknya.

Malam itu.  Dia terus mengingati setiap detik dalam hidupnya yang sering ditimpa ujian.

Sewaktu terlelap di malam yang dingin itu.  Dia bermimpi melihat ibunya sedang berdoa.  Dan matanya silau melihat cahaya yang menerangi ibunya begitu kuat.


Dia terjaga.  Apabila dikejutkan oleh seorang Jururawat untuk memeriksa tekanan darahnya.


Sebaik selesai.  Dia mendengar kalimah suci yang dilafazkan begitu halus,  lembut dan begitu khusyuk.  Rupa-rupanya pakcik itu sedang berzikir di malam yang bening itu.


Tiba-tiba dia merasa sebak.  Sudah lama dia tidak melafazkan kalimah suci yang mengagungkan ALLAH.  Tuhan yang menjadikan dirinya.

Entah kuasa apa yang menolaknya.  Dia terus turun dan mendekati pakcik itu.

Pakcik itu terkejut dengan kehadirannya disisi.

"Ya,  Rohaizad.  Ada apa?"


Rohaizad terus memegang tangan pakcik itu dengan linangan air mata.


"Pakcik,  kalau saya bertaubat,  ALLAH terima tak?  saya rasa berdosa sangat ...selama ini saya banyak melanggar perintah tuhan..."  


Tiba-tiba sahaja pakcik itu memandangnya dengan linangan air mata kesyukuran.


"Rohaizad,  pergilah berwuduk dan buat solat taubat.  Rohaizad tahu solat taubat?"   tanya pakcik itu dengan tenang.


"Tak mengapa,  Rohaizad pergi ambil wuduk,  nanti saya ajarkan."


Didalam bilik air.   Rohaizad menangis semahu-mahunya.


Hatinya menangis.  Jiwanya turut menangis.


Menangis penesalan yang teramat sangat.










No comments:

Post a Comment